Thursday, March 21, 2019

Thailand Solo Trip - Day 2 | I-Sleep Silom Hostel Bangkok

Harlluuuu...

Sambungan dari Thailand Solo Trip aku. Trip dah lama lepaih cuma baru sekarang terasa nak mengaktifkan diri balik di blog. hehe. Ini pertama kali jugak la aku jejak kaki kat Airport Bangkok. Selepas Airport Hatyai. hahaa.. Bukan tak pernah datang sini tapi sebelum ni aku naik keretapi je pun. Kali ni sebab last minit punya plan, aku grab je lah and cepat sikit sampai dia. hehe... 



Aku sampai pun dah  nak tengah malam gegara flight delay. Ampes betul. 


Sementara tunggu Grab sampai untuk hantar aku ke Hostel, aku jenguk la kiri kanan kat luar airport. Orang dah lengang pun, sejuk gila pulak nak duduk dalam airport tu.


I-SLEEP SILOM HOSTEL 

Grab bawak aku dari Airport ke I-Sleep Silom Hostel ni, dah sampai area sini berpusing jugak lah 2 kali sebab tak perasan. And aku pun on google map aku sendiri ya supaya apa-apa jadi aku tau aku ada kat lokasi mana. Gila kauuu... mau tak seram. Dah la naik grab tengah-tengah malam and sesorang je... Tapi aku tawakal je lah masa tu. Doa banyak-banyak agar di lindungi Allah. ihiks.


I-SLEEP SILOM  Hostel Bangkok is a cozy  budget accommodation for
backpackers and budget travelers. Our vision is “Good Place ,Save Cost”
we  located in Decho Road(Silom)  the middle of Bangkok's city center,
within a walking distance to all major attractions, and  best  transport
network, BTS, MRT, Terminal Train Station.



Bila dah pusing kali kedua, baru aku perasan hostel ni. Yelah dah malam kan so takde la semua lampu terbukak, bilik-bilik pun haruslah dah bergelap. Semua orang zzzz... Oh ya, di Bangkok ni aku tidak keseorangan ya. Kebetulan kawan aku si SZJ pun bercuti di Bangkok dan hostel ni dia lah yang booked, so aku cuma menyelit saja. But ofcos lah ada additional charges kan. Extra Bed! haha



Ni gambar waktu siang, malam sampai aku masuk-masuk je ada staff lelaki yang tolong bukak kan pintu and said "SZJ's friend?" 'Yes" aku cakap and dia terus je bawak aku naik bilik. Amboi, terasa VVIP aku sebab sangat jaranglah staff tunjukkan mana bilik selama ni. Macam takde je. Maybe sebab aku dah penat, dia pun paham sebab dah nak pagi aku sampai. Ahaha

Aku tak dapat nak ambil gambar bilik sebab ada SZJ dan kawan dia dah terbongkang tidur. Hehehe..
Style bilik kitaorang tu tilam saja.. macam style jepun lah. Senang aku tak payah nak panjat tangga bagai kalau dapat katil kat atas. hehe... Bilik dia pun nice...




Comel gila aku tengok dinding dia ada bear camni. Biasa la kan. Gegurl-gegurl mesti lah suka kan. haha



Bilik kiteorang di hujung sekali ya, muat untuk tiga orang gitu.



Ruang information, macam-macam info korang boleh dapat kat sini.






Ni aku saja tunjuk sebab kan banyak info dia so tak muat pulak nak amik semua sekali gus.
Boleh tanya staff, friendly semua staff dia.


Breakfast .. Sebelum kitaorang keluar pepagi buta, dia memang dah sediakan semuanya, Cuma pandai kau la nak makan macam mana.. Buat air sendiri. Nanti dia charge lah dalam bil. Haha


Chakkk..... alaaaaaa comey sangattt dia kat situ main chak-chak.. hahaa


Ni la ruangan untuk breakfast ke apa.. Siang aku taktau ramai ke tak orang melepak kat sini sebab pagi-pagi lagi kiteorang dah keluar and malam baru balik..

Aku stay sini 2 malam saja. Hostel ni kitaorang cuma jalan kaki je nak ke BTS Chong Nonsi Station (S3) Atau nak jalan ke depan lagi ada 7E, Ada pasar malam, and akan jumpa jugak la Station Silom.
Staff semua friendly and senang nak bercommunicate la kalau nak tanya banyak. haha

Kalau nak tau info lanjut boleh click je link bawah ni.

I-Sleep Silom Hostel Bangkok 
5/7 Decho Road, Suriyawong Bangrak, Bangkok 10500 Thailand
Tel: +66 (0) 2634 9990
Email: info@i-sleepsilom.com


Expenses aku :-

  1. Grab from Don Mueng Bangkok Airport - I-Sleep Silom Hostel : THB 355 : MY 44.12 (Midnight charge skali kot)
  2. Hostel : aku dah tak ingat pulakk berapa aku sebab kawan aku yang settlekan.. aku bayar je. haha
Nanti aku sambung lagi apa aku buat kat Bangkok... heh...


No comments:

Post a Comment