Monday, March 11, 2019

Thailand Solo Trip - Day 1 | HATYAI - Kai Tod Decha & Seafood

Lepas habis je tawaf satu Asean Night Bazaar tu, kiteorang pun gerak jalan kaki je cari Kai Tod Decha. Aku jadi berani sebab ada 3 lagi kawan baru dari Malaysia. Dorang pun tak pernah sampai kedai makan tu so aku pun dengan murah hati pun ajak la makan sesama sebab dorang pun dah tolong aku share grab kan. hehe.



Dari Asean Night Bazaar ke Kai Tod Decha ni cuma 8 minit jer jalan kaki tapi aku rasa kemain lama walaupun jalan lurus saja.. sebab tak familiar and nasib baik memang ikut jalan besar je. So terang jugak lah nak jalan dengan angkut beg gabak aku tu. haha


Horrey!! Dah sampai. Lega ok bila tengok map tunjuk beberapa meter sana nak sampai. Dah kebulur habis aku time tu. Tak sabar betul nak rasa air Teh famous dorang. haha


Sambil nak masuk kedai, aku click click je lah ape yang ada kat kedai ni.


Aku suka nak hirup Tomyam ni walaupun lepas tu mengelupur cari air. hahaa



Ni la dia air teh buih yang viral tu. Walaupun entah berapa banyak kali aku dah minum tapi tetap cari jugak setiap kali aku datang Hatyai ni ha... Pergi sorang pun tah berapa kali. Semataaaa air teh buih. hahaa


Ni menu kiteorang makan untuk berempat. Aku pun taknak makan bebukan sangat sebab perut aku ni manja kekadang. Kang satu hal pulak bila dia meroyan. aishh



Menu, sila pilih makanan anda..


Dorang ni la yang aku kenal masa kat Airport. Friendly lagi siap ikut aku pegi jejalan sebab risau aku sesorang je. Moga mereka di murahkan rezeki dan travel selalu.. hehehee.
Aku dah panggil Grab, sementara tunggu Grab, tahan tuktuk untuk dorang balik.. Sebab dah tak larat nak jalan kaki katanya. haha. Jumpa lagi korang kalau ada rezeki. Insha Allah.


Akhirnya aku dah sampai Airport Hatyai Balik. Naik Grab, driver tu bagus jugak. English dia pun not bad. Memang berborak je lah aku dalam kereta dia. Kemas je kereta dia. Cuma aku lupa nak snap sebab perati jalan kiri kanan. Haha.. Ingat aku berani sangat ke naik kereta stranger memalam ni? haha. Dan seperti biasa, flight aku delay jugak. Ampes laaa.... Mati kutu aku kat dalam airport sebab aku dah start mengantuk... Jam 10 malam kot time tu. Tapi ni la pengalaman aku berada di Hatyai selama 6 jam and keseorangan di airport. uhuks. Alhamdulillah... Semuanya baik-baik saja. hihi

Expenses :-

Dinner : THB 100 : MYR 12.46
Grab to Airport : THB 227 : MYR 28.28


See ya to next entry ya. Xoxo

No comments:

Post a Comment