Tuesday, June 25, 2019

Dunia dan Kehidupan

Best baca ni... Walaupun aku cuma copy paste jer.... Nak share jugak la kan...

credit pada yang cipta ayat-ayat semangat camni... :)

Apa yang aku nak share ialah, tak payah la kita terikut sangat life orang lain. Dah memang tu rezeki mereka kan... kita usahalah sampai berjaya. peace :)
.

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. 
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti. 
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga. 
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga. 

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau." 
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua? 

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

Jom share... 😊😊😊

Saturday, June 22, 2019

Serai Thai Restaurant, Seksyen 3, Shah Alam Selangor


Salam.

Sejak Ramadan lepas tu Hari Raya, agak malas pulak aku nak menaip. Banyak tauuu yang pending dan aku tak tau nak mulakan yang mana. haha... Oklah aku rasa aku mulakan dengan food review lah.
Memandangkan hari ini parents aku dah habis puasa sunat enam Syawal... and aku pun dah habis semalam, so mama decided taknak masak... Nak makan kat kedai. Ayah aku layan kan aje lah. Yelah. Penat mak aku tu buat macam-macam kerja kat rumah....

Ok aku cerita kan sedikit pasal SERAI THAI RESTAURANT  ni. Mula beroperasi 1989.  Dekat je sebenarnya. And dah lama jugak la kiteorang satu family makan kat sini. Owner dia pun dah kenal. Dari kecik lagi memasing, asal datang je kalau ada owner dia, mesti owner dia cakap, dah besar-besar dorang ni.. dulu kecik je..

Yang aku tabik spring kat owner dia ni... cantik, kurus dia sama je macam dulu-dulu... Aishhh..
Aku tak terfikir pulak nak tanya ape petua dia.. haha... Aku tengok dia macam versi Fauziah Latiff ...
Soft spoken, putih cantik.... Ok done puji owner dah. Jom sambung ke menu makan yang mama aku order untuk satu family makan dinner + berbuka puasa sunat enam ke enam parents aku. Alhamdulillah. Moga jumpa lagi ramadan tahun depan dengan satu keluarga.



Ikan ni anak buah aku yang sebuk nak makan. Actually dia nak ikan steam tapi kiteorang nak makan ikan ni.. Aku lupa pulak nama dia. haha..tapi sedappppp.....


Menu wajib order ni. haha


Favourite aku, Kangkung Goreng Belacan.


Daging Dried Chillie.


Ni pun menu wajib order. Aku yang suka... Japanese tofu...


Ni untuk anak buah aku yang hantu telur. wajib ada ok. haha


Tom Yam campur. Jarang jugak order sebenarnya tapi sedap. Cuma bila teringin je baru makan.


Overall, makan kat sini memang kegemaran keluarga aku. Aku recommended lah restoren ni untuk family ke atau sesiapa saja yang minat makanan Thai... Kalau bulan Ramadan memang susah lah nak booking tapi kene cepat-cepat sebab sentiasa full.. Nak datang kene call dulu tauuu...

Harga
Berpatutan untuk makan sekeluarga.

Alamat :  
No. 5 Jalan Sena 3/13aShah Alam 40000, Malaysia
TEL NO : +60 3-5510 5729


Till we meet again. xoxo