Sunday, February 24, 2019

Birthday - KizSports and Gym


Happy Birthday Anies.



Weekend ni, aku dengan keluarga ada jemputan majlis hari jadi anak cousin aku. Kali ni sambut dekat luar ye sebab tahun sebelum ni dah buat dekat rumah. haha. Di sebabkan aku pun takde apa nak di buat and aku tak pernah pulak ke Main Place Mall tu, so aku pun join sekali lah. Boleh cuci mata dekat Mall tu nanti kan. hehe Anies ni beza sebulan je dengan anak buah aku, PKA. 4 Tahun.Cuma anak buah aku agak sado orangnya. hahaa


KizSports & Gym
The Main Place Mall, USJ 21 Subang
Level 2, Sebelah DIY.


Entrance nak masuk KizSports. Sesampai je aku terus bagitau ada birthday party. So time tu jugak lah staff KizSports ni akan bagi kau tag tangan tu. Eh, aku lupa pulak nak snap tag tu. adoi. Excited punye pasal sampai lupa. haha  

Oh ya, nak masuk sini sila standby atau pakai stokin ya. As per requested by management.


Since party start jam 2pm, kiteorang pun sampai agak lambat sedikit tapi ramai lagi pun belum sampai. hahaha so selamat laa kann.. sebab belum start. haha






Curlassss kauuu jah.... siap ada photographer lagi. Aku pun guna handphone murah sajo ni ha.. haha
Makanan untuk budak-budak ni di taja oleh Mcdonals. (beli lah... bertuah pulak nak di taja bagai)


Cake favourite aku ney tapi sebab aku dah nampak brownies, so aku lupa ingatan dekat cake sedap ini. haha

Ni haaa... masa aku sampai sedara mara aku tengah sesiapkan meja semua..


Lagi satu, makanan ni semua di bawa dari luar ye. Sebab aku dapat tau, makanan tak di sediakan.
Makanan ni semua di masak oleh makcik sedara aku. Makcik aku punye masakan memang mabelesss gitewww..... Tak rasa memang tak tau... Dah rasa... pasti nak lagi tauuu..


Siap ada buah ape ke namanye ni orang panggil? Aku bukan penggemar sangat masam asam masam ni haa... rasa sikit boleh laa.. hehe



Yang ni memang favourite aku lah. Tah berapa ketul lah aku amek makan.. Maaf laa Kalau tak cukup sebab aku dah bedal dulu. Macam mana lah badan kau tak naik woi. hahaha



Nak ikut kan masuk je entrance tadi sebenarnye terus nampak gelongsor besar gedabak ni ha... tapi datang sebab ada makan-makan kan.. kite terjah la duluuuu cari makanan... haha Fyi, orang besar pun boleh main sama.. Aku pun main tah berapa kali aku naik turun teman si PKA tu ha.. Licin bebeno sebab aku pakai jeans. Laju laju turun sampai terduduk jugak la aku atas lantai.. adoi.. Dah macam dugung jatuh je... Tapi sebab takde jejaka hensem di situ... Aku lupa daratan laa main. kehkehkeh


Ada macam-macam lagi boleh main cuma ramai yang hadap slide tu je ha.. turun naik tak reti penat memasing..



Masa sampai tu takde orang lagi... Bila dah habis makan, semua tempat penuh... hahah

Yang ni lagi satu... aku pun duduk sama kat dalam ok dengan alasan teman si kecik dua orang ni ha...
Yang dah terbaring tu cousin aku, mokcik si budak kecik baju putih. Seronok pulak duduk dalam bebanyak bola ni.. haha


Aku sejenis suka colorful ni.. sebab rasa relax sikit kepala hotak tapi akan sakit balik bila dorang start main baling-baling bola. Sakit tau kene. adehh


Ni lagi sorang kemain kauuu terbaring ala diva... hahaa


Aku asik la tengok orang terbaring dalam kandang bola color-color ni ha... Aku pun nak gak laa merasa posing bersama bola... Korang ape tauuuuu..... 


Ni anak buah aku lagi sorang. Kakak si PKA, Aku namakan dia PND je la ye.
Nak cuba buat wall climbing katanya, sekali separuh jalan je dah sangkut sebab tak tau mana kaki nak pijak... hahahaha Sama la perangai macam aku bila memanjang camni, aku cukup cuak bila kaki tak dapat cecah tempat pijak, tapi tangan aku kuat tau cuma kaki je lah lembik. kehkeh *kutuk diri sendri pulak**


Yang ni area budak 3 tahun ke bawah tapi bila dah reramai gini, semua main lenjan saja laa.. 


Yang penting kami semua gembira.... Birthday party habis jam 4 petang tapi siapa yang belum puas main boleh la stay sampai tutup jam 7pm..

So far, untuk bebudak memang seronok lah main and memang kat dalam tu saje takyah la makpak nak risau anak memasing merayap ke tempat lain. Harga aku pun tak pasti sebab aku datang sebagai tetamu saja.. 

Parking lot pun agak senang sebab tak ramai orang datang so takyah la sesusah nak berebut parking.


Bile dah kenyang semua, beransur la kiteorang balik ke pangkuan rumah masing-masing.

See ya next entry. xoxo


























Tuesday, February 19, 2019

CNY 2019 | MELAKA - P2 - Mahkota Hotel

Aku ada gak survey hotel lain kekonon nak la merasa tempat lain pulak. Sekali penuh da... haha Padan muka sendiri sebab lambat nak confirm. Nasib baik lah Mahkota Hotel Melaka ni still ada lagi bilik. Almaklum lah pergi berkeluarga ramai, so tu yang banyak bilik dah full. Aku pun dah tak ingat berapa kali aku stay kat Mahkota Hotel ni. Yang pasti area dia walking distance sajaa...
Yang paling best, swimming pool dia besar dan ada 2.. haha

1. Hibiscus Swimming Pool
2. Dolphin Swimming Pool





Sampai-sampai je hotel, nak check-in, niece aku dah ajak posing dekat bunga-bunga dia kata. haha
Di sebabkan 1st day CNY, meriah lah jugak hotel sebab ramai orang nak check-in. Eh aku pun lupa nak snap pic sebab leka layan anak buah aku yang kecik tu.


Aku pun nak gak posing. Cam biasa aku suruh si Kakak snap kan. Skang dia dah pandai snap. Janji kau kene posing sampai 3x je.. lebih dari tu jangan harap lah dia nak tolong kau.. hahaha


2nd Swimming Pool (Dolphin Swimming Pool)
Slide, kid pool, Big pool,

Ni aku snap dari carpark level 2. Jakun skejap sebab tak pernah nak park kereta dekat carpark bertingkat. Selalu kat bawah je sebab dapat bilik depan area Lobby.
Kali ni kami dapat apartment yang paling tinggi dalam area Mahkota Hotel ni.

Level 7. 
Room - 2
Toilet - 2
Corner Area


Kat dalam bilik air dah sedia semua toiletries..


Mineral water for free ya.

Maaf, aku tak sempat nak snap pic bilik sebab masuk je bilik, semua dah berebut katil. adoi laa....



Ni view aku ambil dekat tingkat bilik aku... Sliding door tak boleh bukak sebab safety katanya..


Ni swimming pool belah kiri. Oh ya, hotel ni ada 2 swimming pool yang besar ya. 
Kami suka stay sini sebab swimming pool dia dekat ground saja.. di tanah.. so seronok la sikit nak ke sana ke mari.... Cuma dah beberapa kali pergi, Gelongsor kat swimming pool still lagi under maintenance.  Teringin gak nak main. haha


1st Swimming Pool
Aku suka swimming pool dia.. sebab besar dan cantik... Anak buah aku panggil swimming pool bunga. haha

Jam 3 kami dah terjun kat swimming pool sebab jam 7pm dah nak kene ada kat rumah cousin nak celebrate Chinese New Year.. yay!!

Hotel ni sangat sesuai untuk yang berfamily especialy yang ada anak-anak. haha
Tapi tak berfamily pun ok je sebab nak shopping semua dekat. Seberang Jalan sajaaa..

Mahkota Hotel Melaka
No.16, Jalan Syed Abdul Aziz, 
75000 Melaka  
06-281 2828


See Ya to next entry. XoXo.



Monday, February 18, 2019

CNY 2019 | MELAKA - P2 - Coconut Shake, Klebang

Tahun ni aku ber CNY di Melaka. Received invitation from cousin again to celebrate with his family (wifey Chinese). Seems last year, kiteorang tak dapat nak join sebab celebrate kat Penang, so this year, why not... Melaka.... Kami datang... haha Padahal macam balik kampung je pun..

Pagi-pagi lagi kiteorang dah gerak ke Melaka. Takut jem punye pasal. Huu.. tak sanggup nak hadap dengan cuaca panas ni chuols...


Singgah RNR Dengkil isi perut. Pagi lagi dah ramai orang dah,. Aku pun bedal je beli bihun sup sebab takut perut meroyan dalam kereta kot jam pulak. Niaya. haha



COCONUT SHAKE, PANTAI KLEBANG


Since sampai Melaka still awal lagi before check in hotel, so singgah la skejap nak basahkan tekak dengan Coconut Shake. Agak lama dah tak menyinggah kat sini sebab jarang lalu, selalu pergi kat Coconut Shake Batu Berendam saje. Tu pun alang-alang dah lalu. Kalau tak, tak gak singgah...


Sesambil meng-order coconut shake ni ternampak pulak kuih keria.. 
Nak que yang famous tu memang tak lah. Dapat rasa kat sini pun jadi la.
Actually air ada 8 gelas tapi letak je semua serbu terus slurppp slurrp.. mungkin sebab cuaca panas. Dah tengah hari pun. Tak menyempat nak snap. 


Mama aki order satar ni. Nak rasa katanya. Not bad gak la bila rasa. Beli 3 batang je.  Ada jugak la rasa ikan,  pedas dia.  Takde lah tunggu lama sangat sebab tak ramai yang order. 


Ni kot ada la yang taktau waktu operasi Coconut Shake,  Klebang ni. 


Memasing dah kenyang,  moh la kita ke hotel dengan harapan boleh la check in awal. Haha. 
See ya to next entry.  Xoxo 😉


Monday, February 11, 2019

ASIA - Berapa banyak negara dah aku jejak......

Assalamualaikum...

Selamat Hari Isnin chuols.... ada yang Monday Blues keee??? Al Maklum lah.. dah cuti weekend... macam-macam activity yang dah di lakukan... Aku? Aku setakat gegolek di rumah.... mengusya segala kerja yang pending kat laptop.... and godek-godek blog yang dah berkurun bersawang ni ha...
Mungkin.... Mungkin aku cuba balik untuk mengaktifkan blog aku ni... haha.... 
banyak ok yang bersawang dalam Draft tu tapi idea selalu membataskan jari nak menaip..
Insya Allah ada masa... aku share la ye...

OK... harini aku macam terfikir... Dah banyak mana lah aku berjalan dalam negara di Asia ni..
alamak..... sikit sajaaaaa...... Dari 50 negara aku cuma berjalan setakat 11 negara sajaaaa.
Korang semua mesti dah banyak negara kan... syioknyaaa...
Ada rezeki lebih... Insha Allah... akan aku jelajah negara lain pulak...

See you till next entry ya. XoXo :)


Saturday, February 09, 2019

It's 2019

Assalamualaikum....

Holla....  Agak bersawang dah blog aku ney... hahaha... Ada je aku tengok login semua cuma semua yang aku nak update... semua masuk dalam draft.... Asal nak start menaip je... mesti idea aku hilang tah memane... separuh je la selalunyee yang aku terfikir nak merepek... Pastu macam banyak pulak entry aku dedulu...pic dah hilang... pasaipa tah... aku pun tak pasti...

Anyway.... Since dah ada balik laptop ni... maybe aku boleh start balik merepek kot...
pic aku pun banyak gila yang tak ter share... nanti la kalau aku rajin... aku share... :)