Tuesday, March 26, 2019

Thailand Solo Trip - Day 2 | KANCHANABURI


Plan ke Bangkok ni sebabnye nak tengok bunga matahari yang sedar mekar katanya. 
Bulan yang paling bagus untuk melawat bunga matahari ni dari November - January setiap tahun. 
So since aku pun tak pernah lagi nak ke Kanchanaburi, so kiteorang plan nak ke dedua tempat ni lah.
riki sana sini tengok jadual dia, masa berapa lama, so kiteorang decided untuk ke Kanchanaburi dulu so keesokan hari baru ke Lopburi. 



Lepas breakfast, kiteorang berjalan kaki lah menuju ke station train yang terdekat iaitu Chong Nonsi,


Bagi dorang dulu lah beli ticket. Since train ni takde direct nak ke Hua Lamphong, so kiteorang kene stop dekat Silom Station. Actually jalan kaki pun boleh cuma dalam 20 min camtu la. Nak jimat masa konon so naik la train.


Harga ticket nak ke Hua Lamphong Station dari Silom Station.


Dah sampai Hua Lamphong Station.
Sebenarnye kiteorang plan nak ke Kanchanaburi tu naik bas je tapi macam-macam masalah pulak
Dah dapat naik bas sekali tah memana lah last bustand dia kiteorang kene turun untuk ke station lagi satu yang dekat situ ada transport nak ke Kenchanaburi.


Sementara tunggu bas lain yang boleh bawak kiteorang ke  Southern Terminal, kiteorang hadap la jam ni kat tepi jalan. haha.

 Southern Terminal 


Akhirnya sampai jugak la Southern Terminal ni. Lapar pun ye jugak.




Sessi membeli ticket, nak naik minivan ke Kanchanaburi. 




Nanti naik van ni... Sebelum tu masih ada masa lagi la kiteorang nak jejalan cari makan. Jam 1 baru bergerak ke Kenchanaburi. Aku rasa banyak bazir masa sebab naik bas. Dekat Hua Lamphong, bas tunggu nak amek orang pun dah lama.


Aku nampak benda ni macam sedap, dia bagi aku rasa satu... sekali aku beli banyak sebab sedap. haha. Macam apam balik je rasa dia.





KANCHANABURI

Actually kiteorang sampai memang lambat, dah petang jugak lah. Sampai area Kanchanaburi Station tu dorang pun tak suggestkan pergi sebab lambat. Tapi sebabkan kiteorang dah sampai so nak pergi jugak la. Dari Bus Station ke Train Station agak jauh sikit so kene naik TukTuk...









Bergambar dengan train adalah wajib... bukan selalu pun naik train kan.. haha



Aku siap tapau lagi makanan sebab tengahari aku tak makan. Bab berjalan sampai lupa makan memang perangai aku.. haha. Kat Thai ni kekadang aku suka jugak beli makanan kat 7E dorang, saja nak rasa..


Dah petang kauu baru nak naik train... dan ini adalah train yang terakhir so tak boleh nak turun kalau tak kene bermalam laa kat sini nanti.. Sob Sob












Memangg....memang nak kene repeat balik trip ke Kanchanaburi ni... Selagi tak dapat buat kuak lentang atas landasan... sob sob.....



Thursday, March 21, 2019

Thailand Solo Trip - Day 2 | I-Sleep Silom Hostel Bangkok

Harlluuuu...

Sambungan dari Thailand Solo Trip aku. Trip dah lama lepaih cuma baru sekarang terasa nak mengaktifkan diri balik di blog. hehe. Ini pertama kali jugak la aku jejak kaki kat Airport Bangkok. Selepas Airport Hatyai. hahaa.. Bukan tak pernah datang sini tapi sebelum ni aku naik keretapi je pun. Kali ni sebab last minit punya plan, aku grab je lah and cepat sikit sampai dia. hehe... 



Aku sampai pun dah  nak tengah malam gegara flight delay. Ampes betul. 


Sementara tunggu Grab sampai untuk hantar aku ke Hostel, aku jenguk la kiri kanan kat luar airport. Orang dah lengang pun, sejuk gila pulak nak duduk dalam airport tu.


I-SLEEP SILOM HOSTEL 

Grab bawak aku dari Airport ke I-Sleep Silom Hostel ni, dah sampai area sini berpusing jugak lah 2 kali sebab tak perasan. And aku pun on google map aku sendiri ya supaya apa-apa jadi aku tau aku ada kat lokasi mana. Gila kauuu... mau tak seram. Dah la naik grab tengah-tengah malam and sesorang je... Tapi aku tawakal je lah masa tu. Doa banyak-banyak agar di lindungi Allah. ihiks.


I-SLEEP SILOM  Hostel Bangkok is a cozy  budget accommodation for
backpackers and budget travelers. Our vision is “Good Place ,Save Cost”
we  located in Decho Road(Silom)  the middle of Bangkok's city center,
within a walking distance to all major attractions, and  best  transport
network, BTS, MRT, Terminal Train Station.



Bila dah pusing kali kedua, baru aku perasan hostel ni. Yelah dah malam kan so takde la semua lampu terbukak, bilik-bilik pun haruslah dah bergelap. Semua orang zzzz... Oh ya, di Bangkok ni aku tidak keseorangan ya. Kebetulan kawan aku si SZJ pun bercuti di Bangkok dan hostel ni dia lah yang booked, so aku cuma menyelit saja. But ofcos lah ada additional charges kan. Extra Bed! haha



Ni gambar waktu siang, malam sampai aku masuk-masuk je ada staff lelaki yang tolong bukak kan pintu and said "SZJ's friend?" 'Yes" aku cakap and dia terus je bawak aku naik bilik. Amboi, terasa VVIP aku sebab sangat jaranglah staff tunjukkan mana bilik selama ni. Macam takde je. Maybe sebab aku dah penat, dia pun paham sebab dah nak pagi aku sampai. Ahaha

Aku tak dapat nak ambil gambar bilik sebab ada SZJ dan kawan dia dah terbongkang tidur. Hehehe..
Style bilik kitaorang tu tilam saja.. macam style jepun lah. Senang aku tak payah nak panjat tangga bagai kalau dapat katil kat atas. hehe... Bilik dia pun nice...




Comel gila aku tengok dinding dia ada bear camni. Biasa la kan. Gegurl-gegurl mesti lah suka kan. haha



Bilik kiteorang di hujung sekali ya, muat untuk tiga orang gitu.



Ruang information, macam-macam info korang boleh dapat kat sini.






Ni aku saja tunjuk sebab kan banyak info dia so tak muat pulak nak amik semua sekali gus.
Boleh tanya staff, friendly semua staff dia.


Breakfast .. Sebelum kitaorang keluar pepagi buta, dia memang dah sediakan semuanya, Cuma pandai kau la nak makan macam mana.. Buat air sendiri. Nanti dia charge lah dalam bil. Haha


Chakkk..... alaaaaaa comey sangattt dia kat situ main chak-chak.. hahaa


Ni la ruangan untuk breakfast ke apa.. Siang aku taktau ramai ke tak orang melepak kat sini sebab pagi-pagi lagi kiteorang dah keluar and malam baru balik..

Aku stay sini 2 malam saja. Hostel ni kitaorang cuma jalan kaki je nak ke BTS Chong Nonsi Station (S3) Atau nak jalan ke depan lagi ada 7E, Ada pasar malam, and akan jumpa jugak la Station Silom.
Staff semua friendly and senang nak bercommunicate la kalau nak tanya banyak. haha

Kalau nak tau info lanjut boleh click je link bawah ni.

I-Sleep Silom Hostel Bangkok 
5/7 Decho Road, Suriyawong Bangrak, Bangkok 10500 Thailand
Tel: +66 (0) 2634 9990
Email: info@i-sleepsilom.com


Expenses aku :-

  1. Grab from Don Mueng Bangkok Airport - I-Sleep Silom Hostel : THB 355 : MY 44.12 (Midnight charge skali kot)
  2. Hostel : aku dah tak ingat pulakk berapa aku sebab kawan aku yang settlekan.. aku bayar je. haha
Nanti aku sambung lagi apa aku buat kat Bangkok... heh...


Wednesday, March 13, 2019

Masita Steak House, Seksyen 7 Shah Alam

Tekak terasa nak makan yang simple-simple, dekaat dan takade la mahal sangat. So kitaorang makan malam la dekat Masita Steak House di Seksyen 7, Shah Alam. Alahh..... Area yang selalu penuh dengan orang tu laaa.... lelagi kalau bulan Ramadan, Jem sesaja... hahhaa... Jem pun sebab traffic light je selalunya.... hehe



Steak banyak okeh. Kau pilih je mana nak, nak yang berasap-asap macam aku suka pun ada. Hahaha...
Tapi takde la lama beno berasap dia... kang jenuh pulak nak makan. hahahha


Menu makanan dia. Ada macam-macam tau makanan dia, cuma kau suka dan tak suka je lah.
Mushroom Soup dia pun sedap jugak. 


Menu air, pilih je lah air ape mau... harga pun berpatutan.


Business hour dia dari jam 3 petang sampai 1 pagi ye. Sesiapa yang suka melepak memalam tu boleh la lepak sini skali skala...


Tempat buat air.  hehhe 


Kedai dia agak bersih jugak lah... Selesa lah nak menjamu selera dengan keluarga ke, kekawan ke kan...


 Harini aku duduk bawah menu ni so tak nampak semua lah pulak menu dia yang panjang tu.



Spaghetti Carbonara ni PKA yang order, Dia memang suka sangat makan pasta. Memang licin lah kalau dia makan. Tengok dia makan pun dah cukup menyelerakan. haha Tapi jarang aku tengok orang letak cheese selai camtu.. Mungkin ada yang tak suka cheese la kot kan... *sangka baik sajalah*... hehe


Chicken Chop dia not bad. Source dia sedap jugak. 


Nasi Goreng Cina. PND yang nak makan nasi tapi pada dia, agak pedas so terpaksa order lagi satu yang kurang pedas, By the time, nak tunggu nasi dia sampai, sampai terlentok-lentok dia mengantuk. Kesian pulak aku tengok anak buah aku ni. Al-maklum la time tidur dia 9 malam. So memang dah lambat lah untuk dia kan.
Makanan sampai pun dia makan sikit je. iskh... Takut jugak pukul 11 malam nanti dia bangun kelaparan. Macam selalu. hahahaa


Lamb Chop. Favourite mem besar aku. Suka nauu dengan Lamb. 


Aku suka order Szilling Steak dia.. Saja sebab suka pepanas. Tapi kali ni dia boleh lupa order aku agaknya. Sebab orang lain punya dah lama sampai dan nak habis pun tapi aku punya tak sesampai. Selalu kalau aku order, sampai serentak je dengan steak yang lain. Lapar tau tak lapar gila aku... Sampai je terus aku bedal pepanas berasap tu. 



Ni la kedai dia. Harga pun murah la pada aku, so takyah lah nak bajet makanan tu macam yang kat kedai memahal tu kan. Ayah aku suka jugak datang sini sebab dekat dengan rumah. hahaha... Cuma parking lah agak susah sikit sebab situ area memang ramai sangat orang yang keluar masuk. Lelagi dekat dengan Pintu Uitm Shah Alam. Alasan dia kali ni lambat makanan sampai, chef dia dua orang MC. Takpe lah, next time mungkin cepat pulak kan. Aku suka makan steak dia. Dekat dan murah. Kau nak camna lagi kan. Janji kenyang sudey. haha


Masita Steak House

2, Jalan Plumbum V/7V, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor 
Lokasi berdekatan dengan Jakel Shah Alam.


Jumpa lagi di next entry. Xoxo