Monday, May 06, 2019

Salam Ramadan 2019

Salam Ramadan 2019

Semoga ramadan tahun ini di berkati oleh Allah swt. Amin.

Hari pertama ramadan dan terfikir pasal juadah apa nak makan berbuka nanti 😂
Selalunya bila bulan ramadan ni,  pelbagai juadah ada jual. Sebut saja nak apa..
Mesti akan jumpa punya.. Silap haribulan,  boleh ronda satu kawasan nak cari favourite
Juadah.  Haha...

Favorite aku selalunya Kueh Lopis dengan Air Soya Bean Gula Merah.  Memang merata laa
Aku cari sampai jumpa yang paling sedap 😂  Misi mencari bakal bermula nanti.. Dalam masa yang sama
Aku nak control berat badan jugak...  Masak aa..  Haha


Thursday, May 02, 2019

TEMAN

Teman
Hadirmu kini mengimbas duka
Hadirmu bagai racun di jiwa
Hadirmu sekadar penambah derita
Kau pergi tanpa belas
Meninggalkanku terkapai di lautan sepi
Menanti tiba yang belum pasti
Mengharap insan yang disayangi

Teman
Jika ini yang dikatakan cinta
Jika ini yang dikatakan sayang
dan jika ini yang dikatakan rindu
Aku pasrah padaNya
Yang menjadikan aku